Anda mungkin mengenali HEBBO.Mula meminati EDM setelah berjinak-jinak ke Movement sekitar tahun 2000. bermula dengan DnB tetapi kini telah lembut hati dan telah berpaksi kepada minimal tech Jerman.Bercita-cita untuk back2back dengan Villalobos.Ikuti temubual ekslusive bersama Hebbo yang dirakamkan selepas gignya baru-baru ini.Anda bole berjumpa dan mendengar dendangan hebbo jika rajin berkunjung ke kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur.
TML:Hello hebbo...
HEBBO:Selamat Pagi yang indah En. Suhardi, Apa Khabar?
TML:Kenapa anda memilih Dj,bukan penari bogel atau pelakon lucah sebagai karier?
HEBBO:Pertama sekali tujuan saya BUKAN untuk menggunakan status sebagai selebriti, sebaliknya mengembangkan bakat seni dan ketaksuban saya dengan dunia muzik elektronik ini. Saya mula berjinak dengan bermula pada beberapa tahun lalu bermain di parti hari jadi kawan saya mengunakan komputer riba dan perisian Traktor kemudian saya mengambil keputusan untuk menceburi secara lebih serius untuk meneruskan bakat dan keinginan untuk mengejar kehendak muzik semasa. Nama-nama DJ tempatan seperti Gabriel, Raysoo, Bryan Burger adalah inspirasi kepada saya pada waktu itu. Pelakon Lucah atau Penari Bogel? saya lebih rela menjadi ANAK IKAN dari melakukan pekerjaan terkutuk itu. Jika saya bukan seorang muslim mungkin saya sudah melakukanya haha.
TML:Anda bermula dengan DnB tapi sekarang sudah lembut hati dengan mix 128bpm,kenapa begitu,patah hatikah?
HEBBO:Dram dan Bass? Semuanya bermula pada tahun 2000 apabila saya mula menjejakkan kaki ke kelab Movement dan beberapa kelab di sekitar Kuala Lumpur untuk menyaksikan legenda muzik Techno seperti Richie Hawtin, Jeff Mills, Sven Vath, Laurent Garnier, Josh Wink dan ramai lagi pada waktu itu dan itulah perkara yang memberikan saya impak dan kejutan budaya kepada diri saya pada masa itu dan sehingga hari ini saya tidak menoleh ke belakang lagi semenjak itu, Dram dan Bass semakin pudar dihati kemudian persona Techno dan Minimal adalah sesuatu yang baru.
TML:Anda berkiblatkan minimal tech dari jerman?mengapa memilih itu?
HEBBO:Minimal adalah kehidupan saya. Muzik saya dipengaruhi sepenuhnya oleh produser/DJ dari Berlin, Frankfurt dan Detroit dari Label seperti Minus, Cocoon, Mobilee, Connaisseur dan Bpitch Control. Saya berasa telah sampai masanya untuk melakukan anjakan paradigma dari segi sikap dan pemikiran muzik minimal. Di sebaliknya komuniti yang agak ketinggalan dan sentiasa memandang tinggi akan muzik Trance, House semata-mata, saya tetap dengan persepsi dunia minimal ini, kita lihat sahaja di Eropah terutama Jerman dimana minimal ini adalah segalanya merangkumi gaya hidup, rekaan dan persekitaran sekeliling. Mungkin bagi sesetengah individu muzik minimal ini agak membosankan dengan rentak yang 4/4 susah diterima berbeza bergantung kepada citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik minimal juga berbeza: bukan hanya TREND atau FESYEN tetapi bagi saya inilah hati dan jiwa saya..
TML:Laman sesawang minimalaysia mendapat hit yang cukup membanggakan tapi kebanyakan bukan dari malaysia.kenapa begitu. apa istimewanya anda sehingga boloe dapat track-track yang belum direlease itu?
HEBBO:Laman blog? Saya bermula sebagai blogger ini lebih kurang dua tahun yang lalu. Tujuan saya membuat laman blog ini adalah untuk berkongsi dan mengembangkan komuniti dan minat muzik Techno dengan bertukar pendapat, muzik, terbaru/hit dari carta, produser dan sebagainya. Kebanyakan pembaca adalah dari negara Eropah seperti Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, Eropah Barat-Timur dan serata dunia. Di Malaysia ini kita ketinggalan jauh ke belakang, hanya minoriti,setiap hari saya memerhatikan pembaca dari malaysia tetapi kelihatan masih kurang, cuba anda bertanya kepada ravers/clubbers disini adakah mereka tahu muzik yang mereka dengar? atau Label/Keluaran/Artis? melainkan HANYA Tiesto dan Trance!. Tiada keistimewaan atau kelebihan saya disitu, saya menjalankan pencarian, penyelidikan dan bertukar pendapat serta keluaran dengan rakan dan kenalan seperti; para bloggers, forum sebagai peminat muzik dan pihak label yang memberikan saya tanggungjawab untuk mempromosikan label dan keluaran terbaru mereka.*ribuan terima kasih kepada mereka (Oslo, Cecille, Nellie, Boxer Recordings dan Ostut Gon) kerana memberikan saya kesempatan ini! Jika anda berminat, beli keluaran mereka, sokonglah artis anda! Ingat semua itu hanya promosi sahaja.
TML:Pendapat anda tentang music nu rave sekarang ini yang banyak mendapat perhatian promoter dan club di sekitar KL ni.
HEBBO:New Rave (dilabelkan sebagai Nu Rave atau Neu Rave) adalah mengkhusus kepada beberapa jenis muzik yang mengunakan elemen electronik, rock, indie, ke techno, hip house, electro, breakbeat. Popular sekitar dari 2006 - 2007,walaupun pernah disebut dalam sebuah petikan dari sebuah majalah 'NME' pada pertengahan tahun 2008 "New Rave is over" namun jenis muzik ini masih kuat dan mempunyai pengikutnya tersendiri disini. Tetapi bagi saya semua ini adalah FESYEN dan TREND dari UK dan Paris mungkin arus pergerakan Nu Rave ini hanya untuk beberapa tahun sahaja atau ? Mereka patut lebih berfikiran terbuka dan tidak hanya bergantung kepada satu jenis muzik dan pasaran... Kita tunggu dan lihat...
TML:"DJ don't dance".anda setuju dengan pendapat ini dan mengapa?
HEBBO:You should dance! Dance!
TML:Macam you have to dance jer ni
TML:Perancangan anda untuk menjadi big seperti villalobos...
HEBBO:Perancangan saya mungkin satu hari nanti saya boleh berjaya seperti (Villalobos) dan melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa menerbitkan lagu, bekerjasama dengan mereka, bermain di festival antarabangsa, menubuhkan label dan meneruskan cita-cita walaupun semua itu agak mustahil di Malaysia ini dengan keadaan ekonomi sekarang ini. itulah kenyataan tetapi semua itu tidak akan memadamkan impian saya untuk terus mencipta nama dalam industri ini.
TML:Harapan kepada EDM kat sini...
HEBBO:Harapan tinggal harapan namun semua itu belum terlambat, kita harus menaikkan SCENE muzik elektronik di tanah air kita ini lihat sahaja di Singapura, Thailand dan Indonesia mereka dibanjiri oleh bintang antarabangsa setiap tahun, saya pernah bertanya kepada M.A.N.D.Y (Patrick Bodmer and Philipp Jung) didalam Myspace sebelum persembahan mereka di Singapura pada tahun lepas "Do you know KL bro?" Philipp Jung membalas "Is it in singapore or? there's no booking for us from KL, so we don't know, will try to stop it one day". Promoter dan kelab seharusnya memainkan peranan untuk menaikkan nama Kuala Lumpur didalam pentas muzik antarabangsa terutama sekali didalam muzik elektronik ini.
TML:Komen tentang the Themixland...
HEBBO:Saya akan menyokong anda dan themixland En. Suhardi! Teruskan usaha anda dengan menampilkan DJ tempatan dan pendatang baru seperti saya jasamu dikenang, semoga berjaya!
Terimakasih Hebbo diatas interview ini.Semoga Success
SLAP! The Dj Series Featuring HEBBO
Tag
- adam J (4)
- Bard (2)
- Dj K (6)
- electro (1)
- electro-tech (1)
- fitrelic (2)
- gaijin (1)
- hebbo (4)
- Interview (1)
- jengjengjengg (1)
- mat Chino (3)
- max Afizz (2)
- minimal (7)
- Minimal-Tech (4)
- Nazzar Aladzhar (1)
- Ndroid (1)
- NicLiu (1)
- Pipzs (3)
- progressive tech (1)
- SLAP (2)
- Tech-house (5)
- techno (7)
- Trance (2)
- zaskar (1)